Jeritan, serpihan berterbangan ketika trak rempuh orang ramai

NICE: Penonton yang ketakutan menjerit ketika sebuah trak dengan laju dan merempuh orang ramai yang menyaksikan pertunjukan bunga api di Nice sekali gus menjadikan sambutan Hari Bastille sebagai malam penuh ngeri.

 

Koresponden AFP, Robert Holloway, yang turut berada di tengah orang ramai yang meraikan sambutan hari kebangsaan Perancis itu di Promenade des Anglais, terpaksa menutup mukanya daripada terkena serpihan ketika trak itu bergerak dua kilometer di sepanjang pantai sambil merempuh penonton.

 

“Keadaan waktu itu memang kelam kabut,” kata Holloway.

 

“Kami lihat orang ramai dirempuh dan serpihan berterbangan di merata tempat. Saya terpaksa melindungi muka saya daripada serpihan yang berterbangan,” katanya.

 

Pendakwaraya berkata, sekurang-kurangnya 73 orang maut dan ramai cedera. Sehubungan itu, pegawai kerajaan tempatan, Sebastien Humbert berkata, Nice dilanda ‘serangan penjenayah besar.’

 

Sementara itu, orang ramai menjerit dan bertempiaran ketika trak berkenaan melalui kawasan tepi pantai di mana beribu-ribu orang dewasa dan kanak-kanak berkumpul bagi menyaksikan pertunjukan bunga api dan berjalan ke arah Hotel Negresco. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.