Toyota Tarik Balik 625,000 Unit Kereta Hibrid

TOKYO – Toyota Motor Corp akan menarik balik kira-kira 625,000 kereta hibrid di seluruh dunia berikutan kecacatan sistem yang menyebabkan gangguan pada perisian yang mengakibatkan kereta terhenti secara tiba-tiba ketika dipandu.

 

Syarikat pembuat kereta terbesar dunia dari Jepun itu memaklumkan bahawa sebahagian besar masalah pada bahagian perisian itu dikenal pasti dikeluarkan antara Mei 2010 dan November 2014.

 

Antara model yang ditarik balik termasuk van mini Prius v, iaitu alpha Prius dan Prius +.

 

Kira-kira 340,000 daripada kenderaan berkenaan berada di Jepun, 160,000 di Eropah dan 120,000 di Amerika Utara, kata syarikat itu sambil menambah tidak ada sebarang laporan kemalangan atau kecederaan dilaporkan berikutan kecacatan itu. – REUTERS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.