“Kamu Memang Bodoh, Jimmy” – Luahan Hati Guru Jadi Viral

KUALA LUMPUR – Luahan hati seorang guru yang kecewa dengan ‘kebodohan’ bekas muridnya mengambil bahagian dalam pergaduhan di Plaza Low Yat baru-baru ini, mendapat perhatian pengguna laman sosial di seluruh negara.

 

Guru, Noorul Aaron memuat naik posting meluahkan rasa kecewanya di Facebook semalam berkenaan tindakan tidak bertanggungjawab bekas pelajarnya mempertahankan rakannya yang didakwa ditipu penjual telefon di plaza berkenaan dan kemudian mengambil bahagian dalam pergaduhan.

 

“Kamu memang bodoh, Jimmy. Seperti selalu, berfikiran cetek dan tidak bersedia. Kamu tidak berubah sedikit pun,” tulis Noorul yang merujuk kepada gambar pelajar, ‘Jimmy’ bersama postingnya.

 

Noorul yang pernah bertugas sebagai guru di SMK Taman Setiawangsa meluahkan rasa kecedwa terhadap remaja yang terlibat dalam pergaduhan yang menyebabkan lima cedera dan kerosakan harta benda bernilai RM70,000 di kedai menjual telefon bimbit.

 

“Sebab itu, saya faham perasaan setia kamu. Ia mungkin hanya kisah telefon yang bodoh, dari kawan kamu yang bodoh tetapi kamu membahayakan nyawa dan kegembiraan orang lain.

 

“Saya tak dapat bayangkan bagaimana hancurnya hati ibu kamu. Dia sering menangis, tak tahu apa perlu dibuat dan kemungkinan dia akan kehilangan anaknya,” katanya.

 

Guru yang kecewa itu terus melahirkan rasa sedih terhadap bekas pelajarnya tetapi masih mengharapkan bahawa anak muridnya ituy sedar kesalahannya dan menebus kembali kesalahannya.

 

“Biarlah ia menjadi pengajaran, titik tolak dalam kehidupan kamu. Apapun hukuman yang bakal kamu terima, saya berdoa Allah akan membersihkan jiwa kamu dan menjadi khalifah terbaik.

 

“Gurumu di sini akan sentiasa berdoa dan memohon Allah makbulkan doanya,” kata Noorul.

 

Nota kecewa guru itu menerima lebih 7,400 likes dan dikongsi 3,200 kali di Facebook, serta disebarkan dalam rangkaian media sosial yang lain.

 

Kejadian pada Sabtu malam bermula selepas ‘pencuri’ dikatakan kembali ke plaza dengan membawa sekumpulan rakan untuk membalas dendam.

 

Kejadian menjadi buruk apabila berita tersebar dan kumpulan lain mula berkumpul di hadapan plaza yang terkenal menjual gajet elektronik bagi mempertahankan si ‘pencuri’.

 

Malangnya, sesetengah pihak memainkan isu perkauman antara Melayu dan Cina dalam insiden berkenaan. – TRP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.