Blogger Papagomo Ditahan Polis

SHAH ALAM – Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan penahanan pengendali blog Papagomo, Wan Mohd Azri Wan Deris.

 

Wan Mohd Azri ditahan di kediamannya malam tadi. Dia ditahan di bawah Akta Hasutan berhubung insiden kekecohan di Plaza Low Yat.

 

Khalid sebelum ini meminta Wan Mohd Azri untuk menyerah diri dan jika dia enggan berbuat demikian pihak polis akan menangkapnya.

 

“Saya dah suruh dia serah diri, tapi belum lagi. Nanti kita akan tangkap dia,” Khalid dipetik sebagai berkata.

 

Wan Mohd Azri ditahan berikutan penulisan yang dilihat boleh mencetuskan isu perkauman dalam insiden pergaduhan di Plaza Low Yat yang bermula pada Sabtu. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.