1MDB: Pemimpin Pembangkang Didakwa Subahat Palsu Dokumen

PUTRAJAYA – Beberapa pemimpin pembangkang didakwa bersekongkol dengan pengendali Sarawak Report, Clare Brown untuk melakukan pemalsuan dokumen dan fakta berkaitan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

 

Pengarah Strategik Komunikasi BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, bukti baru dalam bentuk video pengakuan seorang individu itu dikemukakan oleh seorang pengadu yang membuat laporan polis di Petaling Jaya, pagi tadi.

 

Katanya, individu dalam video itu terlibat secara langsung dalam perbuatan memalsukan fakta, penerbitan dan penyebaran fakta palsu di laman web Sarawak Report.

 

“Menurut kandungan salinan laporan polis tersebut, video pengakuan yang dibuat oleh seorang individu turut mendedahkan beberapa nama pemimpin pembangkang yang didakwa bersekongkol dengan Clare Brown dan Sarawak Report.

 

“Pendedahan ini perlu disiasat rapi oleh polis untuk mencari kebenaran dan keadilan kepada semua pihak yang terbabit dalam isu 1MDB,” katanya dalam sidang media, di sini, hari ini. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.