Wanita Gagal Ujian Teori Memandu Sebanyak 110 Kali

London – Seorang wanita gagal ujian teori memandu sebanyak 110 kali.

Wanita yang namanya tidak didedahkan itu berasal dari tenggara London, merupakan calon yang paling banyak gagal ujian teori memandu, lapor The Mirror.

Namun begitu, dia tidak keseorangan kerana ada juga yang gagal walaupun mengambil ujian teori memandu berkali-kali.

Seorang lelaki berusia 30 tahun dari Peterborough gagal sebanyak 86 kali, manakala seorang lelaki, 44, dari Birmingham akhirnya lulus selepas 80 kali mengambil ujian manakala seorang lelaki berusia 27 tahun dari Haverfordwest, Pembrokeshire masih belum berjaya lulus walaupun sudah 64 kali mengambil ujian.

Menurut undang-undang Britain, seseorang yang mahu memandu kereta atau motosikal perlu lulus ujian teori sebelum boleh menempah untuk ujian praktikal dan ujian ini sukar untuk lulus.

Ujian teori dibahagikan kepada dua – satu soalan objektif dan satu lagi soalan sekiranya berdepan dengan masalah lalu lintas.

Setiap ujian teori dikenakan bayaran £31 (RM168.90).

Angka itu dikeluarkan oleh Mail Online di bawah Akta Kebebasan Maklumat yang dipohon untuk Agensi Pemandu dan Standard Kenderaan (DVSA).

“Pelatih akan melatih pemandu untuk memandu secara selamat dan bertanggungjawab dan memastik mereka tahu teori pemanduan berhemah.”

Minggu lalu berita mengenai seorang wanita berusia 24 tahun yang memegang rekod terbanyak gagal ujian teori memandu, tersebar.

Wanita itu akhirnya lulus selepas 24 kali dan menjadi seorang daripada 20 warga Britain yang terpaksa mengambil ujian teori lebih 20 kali.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.