Sorok Dadah Dalam Lampin Anak

Philadelphia – Seorang bapa berusia 25 tahun didakwa cuba menyembunyikan heroin dalam lampin anaknya ketika ditahan kerana mencuri di sebuah kedai.

Michael Penn, ditahan polis ketika mencuri di kedai Verizon itu Jun lalu.

Ketika kejadian, Michael Penn, mendukung anak lelakinya berusia lapan bulan dan anak perempuan berusia lima tahun.

Menurut polis, selepas diarah untuk melepaskan anaknya, dia dilihat memasukkan sesuatu dalam lampin bayi terbabit.

Pemeriksaan pada lampin itu menemui 16 paket heroin yang ditanda nama seperti ‘Death’ dan ‘Bioshock.’ – AP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.