Rakam Hantu Di Jendela

Bolton – Seorang pelancong dari Portugis secara tidak sengaja merakam gambar cahaya berkelip di tingkap tingkat pertama pub tertua di Britain, Ye Olde Man and Scythe yang berusia 763 tahun.

Ketika pelancong itu menerangkan mengenai pub sebagai ‘yang tertua di England’ dan menambah ‘juga yang paling berhantu’, tiba-tiba saja terlihat cahaya berkelip di tingkat dua bangunan bekas gereja itu.

Pengurus pub, Tony Dooley memberitahu The Mirror rakaman itu membuktikan pub itu benar-benar berhantu.

Tony, 36 berkata: “Saya tidak suka perkara ini. Itu tingkap kediaman saya. Sembilan bulan lalu sebelum saya menjadi pengurus, saya tidak percaya akan hantu, tapi sekarang saya yakin.”

Katanya, beberapa minggu lalu tidurnya terganggu apabila kakinya dijilat. Pada mulanya dia ingatkan anjing teman wanitanya Kallie yang menjilat tapak kakinya tetapi dia melihat haiwan itu tidur nyenyak di tepi dinding.

Tapak kaki saya rasa basah macam disentuh tapak tangan yang berpeluh tetapi ia lebih teruk daripada itu. Saya terus bangun dan mandi. Saya pastikan anjing saya berada dalam bilik untuk memastikan tiada apa yang berlaku.

“Ia sangat menyeramkan. Tetapi saya berpendapat selagi hantu itu tidak menyakiti saya, tidak apa,” kata Tony.

Tony pertama kali melihat rakaman hantu di kamera litar tertutup apabila satu lembaga putih tiba-tiba muncul di bar.

Pemilik pub, Richard Greenwood berkata dia cuba mendapatkan pelancong yang merakam video terbaru itu.

Ditanya sama ada ia hanya mainan, Richard berkata: “Saya harap saya terfikir untuk berbuat begitu.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!