Penyamun Ganas

KUCHING: Seorang penjaja sayur bukan sahaja mengalami kerugian kira-kira RM5,000 malah turut kehilangan dua batang gigi apabila dibelasah dua perompak di Batu 6, Jalan Penrissen di sini, awal pagi semalam.

Menurut mangsa yang berasal dari Tapah, Batu 22 Jalan Kuching-Serian dan hanya dikenal pasti sebagai Liew, dia dalam perjalanan menghantar sayur ke Petanak apabila lori tiga tan dipandunya dihalang sebuah Proton Wira di perhentian bas.

Lelaki berusia dalam lingkungan lewat 40-an itu kemudian didatangi dua lelaki tidak dikenali dengan salah seorang daripada suspek mengacukan senapang angin dan mengarahkannya turun dari kenderaan.

“Apabila saya enggan turun dari kenderaan, suspek memecahkan cermin hadapan lori saya sebelum meminta saya menyerahkan hasil jualan sayur kira-kira RM3,500,” katanya kepada pemberita, semalam.

Bagaimanapun difahamkan suspek masih belum berpuas hati dan meminta mangsa menyerahkan dompet.

Apabila mangsa enggan berbuat demikian, suspek kemudian menumbuk muka dan badannya sehingga berdarah dan patah dua gigi hadapan.

Mangsa kemudiannya terpaksa menyerahkan dompet itu yang mengandungi dokumen pengenalan, kad kredit dan wang tunai lebih RM1,000 kerana bimbang dengan keselamatan dirinya.

Mangsa kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Maong sebelum meneruskan penghantaran sayur ke pasar dan kemudian baharu mendapatkan rawatan di Hospital Umum Sarawak.


http://www.theborneopost.com/2014/07/15/perompak-ganas/#ixzz37WqWqOVC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!