Padah Upah Pelajar Tipu

Beijing – Polis Jumaat lalu menahan seorang lelaki di wilayah Hubei kerana disyaki mengupah pelajar supaya menduduki peperiksaan gaokao bagi mereka yang tidak mampu berdepan tekanan ujian berkenaan.

Zhang Xuanli dan seorang lagi ejen dipercayai mengupah 11 pelajar kolej untuk menggantikan pelajar di Qixian dan Togxu pada 6 dan 7 Jun lalu.

Menurut Xinhua, pelajar yang menggunakan pengganti dibatalkan keputusan peperiksaan selain diharamkan menduduki peperiksaan berkenaan selama tiga tahun.

Selain itu, 10 ibu bapa yang membuat bayaran untuk pengganti terbabit diturunkan pangkat dalam agensi kerajaan manakala 13 kakitangan awam serta guru turut diambil tindakan kerana terbabit dalam penipuan itu. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.