Kritik ‘Negara-Ku’ : Pensyarah UTM Berdepan Tindakan Dibuang Kerja

Kuala Lumpur – Pensyarah UTM Prof Madya Dr Khalif Muammar redha sekiranya beliau dibuang kerja setelah menjalankan amanah ilmu menegur penglibatan organisasi Islam dalam NGO baharu Negara-Ku milik Ambiga.

Status terbaru beliau dalam facebooknya hari ini menunjukkan beliau telah menerima tekanan daripada pihak-pihak tertentu.

“Status saya tentang beberapa orang Islam yang terlibat dengan agenda orang bukan Islam menimbulkan kemarahan beberapa pihak.

Ketahuilah bahawa ia satu teguran yang saya ambil daripada al-Qur’an, sebagai orang yang diamanahkan dengan ilmu saya mesti menyampaikannya, meskipun saya terpaksa dibuang kerja, saya akan ridha,” kata beliau.

Pertubuhan IKRAM merupakan antara organisasi Islam yang terlibat dalam Negara-Ku Ambiga selain Islamic Renaissance Front (IRF) dan Sisters In Islam (SIS) yang pro liberal.

Minggu lalu, beliau telah menyatakan kekesalannya berhubung penglibatan kumpulan Islam dalam NGO terbaharu Ambiga itu.

Dr Khalif dalam kenyataannya hari ini turut mengingatkan bahawa orang Islam tidak boleh bekerjasama dengan orang bukan Islam dalam hal-hal yang merugikan agama, bangsa dan negara.

Beliau mendatangkan 3 ayat Al-Quran yang menjelaskan perkara tersebut.

Dalam Surah An-Nisa’ ayat 139 dan 144, Allah melarang umat Islam menjadikan orang kafir sebagai teman rapat, manakala dalam Surah Al-A’raf ayat 3 Allah mengarahkan umat Islam menuruti apa yang telah diturunkan Allah dan jangan menuruti pemimpin-pemimpin yang lain dari Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.