Ikut Prosedur Sedia Ada – Hishammuddin

MARAKAH, Lubnan – Isu keselamatan di perairan Sabah harus ditangani menurut peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) sedia ada bagi mengelakkan pihak tidak bersalah menjadi mangsa.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, SOP yang membolehkan langkah ekstrem diambil sudah ada namun ‘ada prosedur yang mesti anda patuhi’.

“Maksud saya undang-undang sedia ada mencukupi untuk kita mengambil langkah segera yang belum kita teroka sepenuhnya seperti menaiki kapal yang mencurigakan, menahan (penceroboh),” katanya kepada pemberita pada hari ini semasa melawat Kem Marakah di ibu pejabat pasukan Malbatt 850-1, kontinjen Malaysia yang bertugas di bawah Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unifil) di Lubnan.

Panglima Tentera Laut Laksamana, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dilapor meminta

kerajaan membenarkan pasukan keselamatan ‘shoot on sight’ (tembak apabila nampak), susulan kejadian serangan hendap oleh sekumpulan lelaki bersenjata di Pulau Mabul, Sabtu lepas yang mengorbankan seorang anggota polis marin dan seorang lagi diculik.

Hishammuddin berkata, kenyataan Abdul Aziz mungkin dibuat kerana rasa kecewa dengan situasi keselamatan di kawasan terbabit. – Bernama

 http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0715&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_26.htm

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.