Hati-Hati Dengan Agenda Komunis DAP, Melayu Hanya Akan Selamat Dengan Islam

Petaling Jaya – Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Abdullah Zaik Abdul Rahman mengingati kepada anak-anak Melayu supaya berhati-hati dan jangan mudah dipergunakan oleh DAP dengan agenda komunisnya.

Menurutnya lagi, bangsa Melayu hanya selamat dengan Islam. Beliau mengulas mengenai seoarang ahli DAP, Young Syefura Othman yang mengatakan DAP merupakan parti yang lebih ideal dan sesuai untuk anak muda khususnya mereka yang berbangsa Melayu.

“Hanya satu cara sahaja untuk DAP tidak menampakkan agenda komunisnya yang kelihatan ekstrem iaitu dengan cara memperalatkan anak-anak muda Melayu yang telah diliberalkan.

“Mereka juga telah dilalaikan dan dilihat lupa akan bangsa dan komitmen terhadap agamanya sendiri,” katanya ketika dihubungi.

Mengulas mengenai kenyataan daripada Syefura yang mengatakan parti DAP ini nampak lebih ‘cool’ dan realistik, beliau berpendapat Syefura tidak mewakili bangsa Melayu dan Islam keseluruhannya.

“Bangsa Melayu sendiri seharusnya peka dan sedar agar merekan(DAP) tidak terus merosakkan bangsa kita.

“Mereka harus kembali mengingati sejarah dan melihat kembali kepada Islam dengan memperkukuhkan sifat cintakan bangsa dan negara,” jelasnya.

Tegasnya, keruntuhan bangsa dan anak-anak muda Melayu masa ini dilihat hasil daripada kelalaian daripada orang Melayu dan pemimpin-pemimpinnya Melayu sendiri yang tidak begitu peka dengan faktor sejarah.

“Kelalaian ini menyebabkan lahirnya generasi yang telah terputus daripada sejarah dan tidak mengenali asal-usul mereka sendiri.

“Saya berharap bangsa Melayu harus sedar dan tidak mudah untuk terus diperalatkan tanpa mereka sedari,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.