Judi Haram Dalam Talian Dinaungi Pemimpin Politik – Menteri KDN

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Kegiatan judi haram dalam talian dinaungi pemimpin politik, dedah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail .

Beliau berkata, dengan adanya naungan itu, pengendali judi haram dilindungi, sekali gus mempengaruhi tindakan pihak berkuasa memerangi jenayah berkenaan.

“Ya memang wujud elemen naungan politik ke atas pengendali judi dalam talian dan saya sahkan.

“Dari situ wujudnya perlindungan dan pengaruh, menyebabkan berlakunya korupsi dan sogokan yang menyebabkan nipis tekad politik untuk mengadakan dan membaharui tekad memerangi kegiatan secara habis-habisan.

“Pusingannya pemain perjudian yang dinaungi ini membalas ‘political master’ ini, ‘polical master’ membalas dengan melindungi tindakan ini dan tidak di ambil tindakan dan maklumat dibocorkan… polis faham sungguh corak ini .

“Sebab itu, saya imbas Yang Berhormat Tambun (Datuk Seri Anwar Ibrahim) ada sebut elemen ini, kemudian Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) melakukan siasatan tetapi tiada maklumat yang kolaboratif,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat pada Khamis.

Saifuddin menjawab soalan Datuk R Ramanan (PH-Sungai Buloh) yang ingin mengetahui jika benar wujud naungan politik dalam kegiatan perjudian dalam talian haram.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat