DBKL Akan Tarik Semula Lesen, Permit Perniagaan Disalah Guna Warga Asing – PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, di samping kerajaan sibuk membangunkan gedung dan mercu tanda negara namun infrastruktur untuk keselesaan penjaja tidak diabaikan.

“Awal pagi tadi saya hadir ke Pusat Penjaja Madani di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

“Inisiatif ini yang merangkul kerjasama antara Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bertujuan bagi memperindah serta memberi keselesaan kepada peniaga untuk mencari rezeki, selain menjadi antara lokasi tarikan pengunjung,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Menurut Anwar, di bawah inisiatif yang sama, pihak DBKL sedang melaksanakan penyelenggaraan di seluruh 68 pusat penjaja milik DBKL di sekitar ibu kota.

“Sambil kita sibuk membangunkan gedung dan mercu tanda, usah kita sisihkan penjaja dan peniaga yang juga mahukan tempat yang selesa beserta kemudahan kepada mereka dan juga pengunjung,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Perdana Menteri juga mengingatkan, DBKL akan menarik semula lesen perniagaan yang disalah guna dan diberi kepada warga asing.

Tegas beliau, DBKL akan menarik semula lesen dan permit perniagaan yang disalah guna dan diberikan kepada warga asing.

Selain itu Anwar menegaskan, kerjasama rentas agensi akan dilaksanakan secepat mungkin dalam memastikan kesejahteraan golongan penjaja terjamin.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat