Kalau Baca Politik, Otai Reformasi Terbabit Konspirasi Nak Jatuhkan Azmin – PPBM

SHAH ALAM – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pelik melihat tindak-tanduk kumpulan pendesak, Otai Reformis, yang begitu marah dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam isu video seks sejenis yang dikaitkan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, seolah-olah mereka cukup tidak sabar untuk melihat Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu ‘terkubur’.

Pengerusi PPBM Terengganu, Datuk Razali Idris berkata, sikap Otai Reformis yang mahu Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan sepertimana mereka kehendaki dalam isu tersebut, membuatkan timbulnya rasa curiga apakah kumpulan berkenaan sebahagian daripada dalang kepada video seks sejenis berkenaan.

Kecewa dengan tindak-tanduk tersebut, Razali berkata, Otai Reformis bukanlah otai, tetapi hanyalah macai yang menjalankan tugas bagi kepentingan pihak tertentu, khususnya mereka yang paling mendapat banyak manfaat sekiranya karier politik Mohamed Azmin berakhir.

“Masalah dalam kolam dia, dia nak babitkan sekali dengan kolam lain. Tun Mahathir melihat secara jauh, sebagai Perdana Menteri beliau beri jawapan mengikut apa yang beliau nampak dan faham, tetapi mereka nak Tun Mahathir jawab kepada media Azmin bersalah, dengan memberi tekanan agar Tun setuju bahawa itu video Azmin.

“Bermakna kalau kita baca politik Otai Reformis ini terbabit dalam konspirasi untuk menjatuhkan Azmin. Itu saya kata mereka ini bukan Otai Reformis tetapi macai untuk merosakkan pembinaan negara yang sedang dibuat oleh Tun bersama Kabinet,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. – UTUSAN

Berita Berkaitan;-

Otai Reformasi Mahu Azmin Direhatkan, Harap Dr Mahathir Tidak ‘Double Standard’

Ketua AMK PKR Santubong Lapor Polis, Dakwa SU Politik Azmin Paksa Berbohong

Ini Bukan Kerja UMNO atau PAS, Tapi Kerja Jijik Dari Dalam PH Sendiri – Khairuddin

Timbalan Menteri Gantung Tugas Haziq, Diminta Jawab Surat Tunjuk Sebab

Pemimpin PKR Sabah Dakwa Ada Pemimpin Parti Lindungi Haziq

SU Politik Azmin Nafi Ugut, Dakwa Haziq Buat Laporan Polis Palsu

3 thoughts on “Kalau Baca Politik, Otai Reformasi Terbabit Konspirasi Nak Jatuhkan Azmin – PPBM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.