Video: Babi Hutan Berkumpul Di Stesen Bas Singapura

Singapura: Rakaman video yang tular di media sosial pada hari Rabu(14.6.14) menunjukkan sekumpulan besar babi hutan berada di stesen bas Tuas.

Dalam video yang disiarkan, haiwan itu dilihat seperti tidak tahu hendak ke mana dan hanya berkeliaran di satu tempat sahaja. Haiwan itu juga dilihat seperti tidak takut dengan manusia apabila mendekati seorang lelaki yang menolak troli.

Tidak dapat dipastikan mengapa babi hutan itu berada di tempat itu. Menurut orang ramai, haiwan itu terpaksa mencari tempat baru kerana habitat mereka telah dimusnahkan untuk pembangunan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.