Uqasha Tak Mahu Berkongsi Cerita Peribadi

Aktres kontroversi Uqasha Senrose tidak mahu diajukan soalan peribadinya kerana menyifatkannya sebagai rahsia peribadinya.

Menurutnya, dia lebih selesa berkongsi cerita tentang kerjaya seninya sahaja.

“Kami masih berkawan macam dulu dan saya pun tidak pernah cakap kami bercinta, macam mana boleh timbul gosip putus cinta pula.

“Boleh tak kalau saya tak nak cerita fasal peribadi. Kita cerita tentang kerjaya saja boleh tak? Lagi pula saya sudah lama tidak update laman sosial kecuali berkaitan kerja sahaja,”katanya, lapor mStar.

Menurut Uqasha, mengulas tentang gosip hubungannya dengan seorang kerabat diraja di Pahang yang sudah berakhir.

Baiklah Uqasha, kalau itu permintaannya, kita ikutkan saja.
Sementara itu, berkaitan perkembangan kerjaya lakonannya, pelakon Hero Seorang Cindarella ini mengakui dapat menunjukkan bakat lakonannya menerusi drama berkenaan.

“Alhamdulillah, memang ramai terkesan dengan watak antagonis yang saya bawa dalam drama itu. Penonton mula nampak bakat saya sebagai pelakon.

“Secara tidak langsung juga dapat tutup mulut orang yang hanya bercakap tentang kisah peribadi saya sahaja,” ujarnya.

Dia juga bakal terlibat dengan drama di bawah arahan Micheal Ang sekali lagi untuk projek akan datang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.