Tular, Paranormal Mengakui Jupe Belum Meninggal

Kenyataan paramormal Ulfa yang menyebutkan bahawa Julia Perez (Jupe) belum benar-benar meninggal telah menjadi topik hangat dan mendapat pelbagai komen di media sosial negara seberang.

Menurut Tribunnews.com, Ulfa sebelum ini memberitahu penyanyi itu belum meninggal dunia.

Tambahnya, semasa menjengah ke alam lain, Ulfa mnegatakan arwah Jupe tiada di sana.

“Saya ke alam arwah pun tidak melihat arwah Jupe. Saya ketemu sama Olga. Saya bilang sama Olga, ‘Jupe mana?’. Olga bilang, ‘Iya belum sampai,” ungkapnya.

Ia juga menuturkan bahawa Jupe masih hidup ketika dimasukkan ke bilik jenazah akhir yang lalu.

Sementara itu, seorang ustaz yang bernama Gus Nur menyifatkan ia sebagai sesuatu yang sensasi.

Malah telah menasihati Ulga supaya segera bertaubat.

Dalam pada itu, laporan portal berita bagaimanapun, tidak menyebutkan reaksi daripada netizen berhubung perkara itu. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.