Tak Beli Pun Tapi Dipaksa Bayar

Kuala Lumpur – Hantar bungkusan produk dan paksa bayar. Itu antara taktik digunakan sindiket penipuan beroperasi di luar negara yang memeras ugut ratusan mangsa di negara ini.

Difahamkan, sindiket menyasarkan individu yang gemar membuat pembelian dalam talian sebagai mangsa kegiatan perniagaan.

Sindiket yang bergerak melalui portal khas itu menawarkan produk kecantikan dengan meminta maklumat peribadi seperti nama, nombor telefon dan alamat kediaman pelayar web.

Bagaimanapun, sebaik mangsa memasukkan maklumat itu, sindiket menganggap ia satu tempahan dan menghantar bungkusan mengandungi 50 masker muka dan produk kecantikan bersama bil yang bernilai RM200 hingga RM500.

Mangsa diarahkan membayar sejumlah wang menerusi pembayaran kad kredit atau Pay Pal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.