PM Ucap Takziah Kepada Keluarga Juruterbang Pesawat Latihan Hawk MK108

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak merakamkan ucapan takziah kepada keluarga dan waris dua juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terkorban dalam nahas pesawat milik TUDM.

“Innalillah. Trima brita sedih 2 juruterbang @airforcenextgen yg hilang dijumpai maut.

“Takziah kpd keluarga. Siasatan trperinci akn dilaksana,” katanya menerusi Twitter sebentar tadi.

Nahas membabitkan pesawat Hawk 108 itu mengorbankan Mejar Mohd Hasri Zahari dan Mejar Yazmi Mohamed Yusof.

Pesawat itu terputus hubungan jam 11.30 pagi selepas berlepas dari Pangkalan Udara Kuantan, 11 pagi tadi.

Mohd Hasri berasal dari FELDA Lui, Bandar Baru Jempol, Negeri Sembilan manakala Yazmi dari Kuala Lumpur. – BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.