PM Berbuka Puasa Bersama Warga Emas dan Orang Kerdil

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi berbuka puasa bersama 40 penghuni rumah orang tua, Rumah Al-Fitrah, Kajang serta 20 ahli Persatuan Orang Kerdil di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di sini.

Program anjuran iM4U turut diserta 200 sukarelawan organisasi itu. Selepas berbuka, Perdana Menteri menunaikan solat Maghrib bersama kira-kira 300 penumpang dan warga kerja TBS di ruang legar terminal utama.

Terdahulu Najib mengagihkan 1,000 bungkus bubur lambuk dan 500 bungkus nasi ayam kepada orang ramai di terminal itu.

Perdana Menteri kemudian ke balai pelepasan terminal itu untuk menampal pelekat logo Negaraku pada sebuah bas Transnasional yang akan berlepas ke Melaka.

Beliau kemudian turut menaiki bas yang sama untuk bertemu penumpang. Najib kemudian ke Bukit Aman untuk majlis moreh bersama pegawai dan anggota polis. – BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.