Ogy Dimaki Di Instagram Gara-gara Jual Sambal Goreng Saadiah

KUALA LUMPUR – Pelakon versatil, Datuk Fauziah Ahmad Daud. dimaki oleh pengikut Instagram miliknya hanya gara-gara menjalankan perniagaan menjual Sambal Goreng Saadiah.

Individu tersebut yang mengunakan akaun @ezaieyda memuatnaik komen jijik dan berbaur negatif yang menuduh beliau membuat perkara terlrang ketika muda dan bila sudah tua, jual ‘sambal bodoh’.

“Kalau boleh elakkan dari makan air tangan artis… masa muda mengangkang sana sini, bila tua dah tak ada punca pendapatan mulalah berjualan, sambal bodoh taruh nama legend… air tangan tu jangan bagi anak-anak makan,”tulisnya.

Beliau yang lebih mesra Kak Ogy tidak terus melatah, namun sebaliknya beliau meminta pandangan daripada pengikut Instagramnya.

“Saya terima komen ini hari ini dari hamba Allah ini tentang produk saya. Tentang kerja saya sebagai artis. Saya nak pandangan anda,”tulisnya.

Beberapa orang artis turut memberi respond terhadap muat naik status tersebut dan rata-rata daripada mereka menyokong beliau dan mengecam tindakan individu terbabit.

“Tolong abaikan orang jahat seperti ini. Jika perlu mendapatkan nasihat daripada kaunselor yang juga peguam @kak_ogy semoga Allah memelihara kamu selalu.” kata Fauziah Nawi.

“Subhanallah mengucap lahhhh @ezaieyda siapa awak nak menghukum @kak_ogy dan artis!! Itu kerja Allah..Jangan kita menghina sesama kita!

“Inilah kesilapan Melayu. Sedih dengan kata-kata awak yang langsung tidak mencerminkan iman. Moga Allah ampunkan dosa-dosa awak,” Ujar Sheila Rusly.

“Ya Allah..busuknya hati..baca dari tulisan dia pun dah tahu hati dia sendiri macam mana..sabar ye kak Ogy..Doakan yang baik-baik untuk yang komen itu,”tulis Shiha Zikir.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.