Netizen Kecam Sekuriti Panggil 2 Pemuda ‘Lan***’

Netizen mengecam seorang lelaki yang bekerja sebagai sekuriti di sebuah kawasan perumahan pangsa kerana memamnggil dua pemuda dengan bahasa kesat.

Menerusi perkongsian facebook Muhammad Hafizie berkata, dia tidak kisah sekiranya tidak dibenarkan masuk di kawasan perumahan itu, namun sangat sedih apabila menerima layanan berupa penghinaan seperti itu oleh sekuriti di situ.

“Dugaan mencari rezeki dibulan ramadan. Datang dari seremban naik ex5 je tengah panas. Niat nak cari ‘sales’ lebih sikit sebab nak rayakan.

“Aku jumpe satu flat ni ada guard house jadi aku pun turun dari motor. Selepas itu aku bagi salam dan kenalkan diri aku. Aku minta izin dan kebenaran untuk masuk ke flat tu. Yela sebab kita pun masuk tempat orangkan kenelah beradab.

“Sejam aku naik flat tu aku buat sales , Alhamdulilah dapat lah 4 Customer yang nak pasang astro dan Upgrate Decoder PVR. Lepas tu aku pun turun dari flat yela dah dapat 4 orang cukup lah tu untuk aku.

“lepas tu aku nampak brader guard yang aku inform ni tadi dia menjerit kat arah aku dgn member aku, kau tahu dia cakap apa ? Wey Lancau 2 orang kau sini kejap. Aku pun tekejut die ckap gitu,”katanya yang menceritakan dan mendakwa dia dan rakannya dipanggil perkataan kurang sopan itu.

Katanya, dia ke tempat sekuriti dan bertanya sebab tersebut.

“Lepas tu die pun minta ic , aku bagi jela . Aku ckp la aku dah inform semua dekat dia tadi. Lepas tu jadi macam ni pulakkan.
Kalau tak bagi masuk aku takkan masuk, ini aku dah terangkan siapa aku , keje ape aku , dtg sini nak buat apa semua,”katanya.

Menurutnya, jika sekuriti tersebut menghalangnya dari masuk dia tidak kisah dan boleh bertolak ansur. Namun apa yang lebih menyakitkan hati sekuriti itu siap mengugutnya.

“Haih bila dah jadi macam ni siap ugut nak pukul aku.

“Satu jela bang , kita melayu bulan mulia lagi. Saya hormat kerja abang. Tapi abang tak patut macam itu dekat saya. Saya pun bekerja. Semua orang kerja. At least kalau betul tak boleh masuk cakap elok-elok dengan saya, saya angkat kaki, start moto jalan. Takpela dugaankan,”akhiri status tersebut.

Sementara itu, netizen yang meninggalkan komen turut menyifatkan perkara itu sebagai tidak wajar dan menasihatkan supaya sesiapa sahaja mahupun pangkat besar atau kecil seharusnya berbudi bahasa, sesuai dengan kesantunan Melayu.

Adilla menulis,”Kalau nak panggil biarlah beradab jangan pandai maki orang sesedap rasa. Kau ingat kau tu siapa? Besar sangatkah pangkat kau? Kalau pangkat besar pun layakkah kau maki orang?,”soalnya.

MFandi menulis, “Kut ye pun berasaplah sikit bro!,”tulisnya.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.