Lindsay Hadir Majlis Buka Puasa Anjuran Maher Zain

Bintang Hollywood sensasi, Lindsay Lohan sempat menghadiri satu majlis berbuka puasa bertemakan Iftar at The Savoy.

Majlis yang diadakan di London itu sempena projek One Family anjuran penyanyi terkenal berasal dari Lebanon, Maher Zain.

Sehubungan itu, berdasarkan status kemaskini laman Twitter rasmi @onefamilyglobal, Lindsay Lohan bukan hanya hadir sebagai tetamu malah dia turut berucap di hadapan tetamu lain mengenai isu perdagangan manusia.

Menerusi sebuah video di Twitter yang dirakamkan oleh salah seorang tetamu dimana Lindsay membahaskan tentang masalah perdagangan anak.

“Kita percaya semua anak di dunia layak berasa aman dan dicintai,” kata Lindsay, lapor MD.

Sementara itu Maher Zain turut re-tweet status para tetamu yang menghadiri majlis tersebut yang mana rata-ratanya menampilkan foto-foto Lindsay Lohan di acara itu.

Bagaimanapun Maher tidak memberi sebarang komen mengenai kehadiran bintang ‘Mean Girls’ itu ke majlis anjurannya.

Dalam pada itu, sebagai makluman, One Family ditubuhkan Maher Zain dan Awakening Records yang terdiri daripada produser, penyanyi, yang memperjuangkan konsep religi dan kerohanian di seluruh dunia.

Projek yang melibatkan penggiat seni, pengikut media sosial, selebriti, dan tokoh terkenal di platform digital dan sosial meuar-uarkan kempen tentang mewujudkan perubahan dan keamanan dunia.

Manakala acara berbuka puasa tersebut sekaligus untuk mengumpul dana yang bakal disumbangkan untuk kepentingan anak-anak yang kurang bernasib baik, khususnya di kawasan Asia Selatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.