Kerajaan Tak Campur Isu Harumanis Kata Ahmad Shabery

PUTRAJAYA – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) tidak akan campur tangan dalam isu kejatuhan harga harumanis kerana tidak mahu ditafsir sebagai cuba mensabotaj pasaran buah yang dianggap eksklusif milik negeri Perlis kata Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata, usaha Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) untuk membantu para petani harumanis di Perlis pernah dianggap sebagai cubaan untuk mensa­botaj pasaran buah tersebut.

“Jadi kementerian menye­rahkan kepada kebijaksanaan pihak yang me­ngusahakan tanaman dan pasaran buah harumanis di Perlis dalam menentukan harga kerana mereka lebih mengetahui mengenai produk pertanian itu daripada pihak lain.

“Kalau ada pihak tertentu yang datang minta bantuan daripada kementerian, kita akan bantu tetapi pernah FAMA cuba promosi menggunakan saluran online malang­nya agensi itu turut dihentam kerana buah tersebut dikatakan tidak patut dijual pada harga murah kepada pengguna,” kata beliau ketika ditemui selepas majlis pengagihan bubur lambuk kepada kakitangan kementerian dan sumbangan kepada asnaf di Walkway MOA di sini semalam, lapor Kosmo.

Menurut beliau, sejak insiden itu, kementerian tidak lagi akan campur tangan me­ngenai harga buah harumanis kerana tidak mahu disalah anggap dalam hal produk keluaran yang dianggap sebagai eksklusif negeri Perlis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.