Keluarga Pengantin Ini Sanggup Mengusung Wang Kertas RM600,000 Untuk Tunjuk Kekayaan Mereka

Keluarga ini sanggup mengusung berbakul-bakul wang kertas berjumlah RM600,000 ke rumah pengantin perempuan hanya kerana mahu menunjukkan kekayaan kepada keluarga besan mereka.

Tidak terkecuali pengantin lelaki turut serta dalam mengusung duit tersebut

Manakala kereta mewah turut mengiringi rombongan itu, yang berjalan kaki sambil membawa wang tunai terbabit.

Permaidani merah disediakan sebagai menyambut pengantin lelaki.

Mereka kemudiannya menyerahkan wang tersebut kepada keluarga pengantin perempuan.

Di China, kos perkahwinan adalah amat tinggi dengan setiap keluarga terpaksa bekerja keras untuk menyimpan wang bagi kegunaan anak mereka.

Jadi mungkin ini adalah cara mereka membuktikan bahawa pengantin lelaki mampu memberikan kemewahan dan menyara pengantin perempuan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.