Jemaah Meninggal Ketika Qiamulail

KOTA BHARU – Seorang lelaki meninggal dunia selepas menunaikan solat sunat tasbih ketika mengikuti program qiamulail di Masjid Ayah Will, Kampung Teluk Baru, Demit di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.40 pagi itu, mangsa Hamzah Harun, 52, yang merupakan jemaah tetap di masjid berkenaan dikatakan rebah ketika sedang berdoa.

Sehubungan itu, Pengerusi Masjid Ayah Will, Nawi@Zain Zakaria, 60, berkata, pada masa kejadian, Hamzah sempat menghabiskan solat sunat tasbih tersebut.

“Ketika sedang mengaminkan doa, arwah rebah secara tiba-tiba dan situasi itu amat mengejutkan para jemaah,” katanya lapor Utusan.

Dalam pada itu, Nawi memberitahu, arwah sering mengikuti program qiamulail di masjid berkenaan sempena malam-malam terakhir Ramadan ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.