Izara Lancar Produk Kosmetik, Drama Web Bersiri

KUALA LUMPUR – Menyokong kempen mempromosikan produk kosmetik keluarannya, Madame Izara, pelakon berbakat besar, Izara Aishah akan muncul dalam drama web bersiri, bulan depan.

Drama web bersiri Madame’s Diary akan memaparkan realiti Izara menjalankan tugas sebagai Pengarah Kreatif di Syarikat A Klasse selain perjalanan hidupnya sebagai insan seni.

“Penggambaran drama web ini akan dilakukan tak lama lagi. Setiap episod akan mempunyai durasi antara lima hingga 10 minit,” katanya.

Episod pertama dijadual disiarkan pada 1 Julai depan.

Produk kosmetik yang dilancarkan hari ini adalah cubaan kali pertama pelakon filem J Revolusi itu menceburi dunia perniagaan.

Katanya, setakat ini, 3,000 unit produk Madame Izara sudah ditempah.-Bharian

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.