Izara Aishah Kini Bergelar Usahawan Kosmetik

PELAKON cantik Izara Aishah kini telah bergelar usahawan kosmetik dengan pelancaran produk sulung syarikatnya, iaitu pewarna bibir atau matte lipstick berjenama Madame Izara.

Selain itu, bagi menyokong kempen promosi produknya, Izara juga bakal muncul dalam drama web bersiri berjudul Madame’s Diary yang akan memaparkan realiti kehidupan seharian Izara yang kini menyandang jawatan Pengarah Kreatif di Syarikat A Klasse selain daripada perjalanan hidupnya sebagai artis.

“Penggambaran drama web ini akan dilakukan tak lama lagi. Setiap episod akan mempunyai durasi antara lima hingga 10 minit,” katanya.

mempunyai durasi antara lima hingga 10 minit,” katanya.

Episod pertama dijadual untuk disiarkan pada 1 Julai depan.

Produk kosmetik yang dilancarkan hari ini adalah cubaan kali pertama pelakon filem J Revolusi itu menceburi dunia perniagaan dan sudah pun menunjukkan tanda awal untuk berjaya.

Ini kerana menurut Izara, setakat ini sudah 3,000 unit produk Madame Izara yang ditempah oleh pelanggan.

Mengetengahkan konsep ala-ala lip kit jenama Kylie Jenner, setiap set pewarna bibir Madame Izara didatangkan dengan sebatang gincu, penggaris bibir dan pengasah, dan dijual dengan harga RM88 setiap satu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.