Gangguan Bekalan Air Malam Ini Di Klang, Shah Alam dan Petaling

SHAH ALAM – Beberapa kawasan di daerah Klang, Shah Alam dan Petaling akan mengalami gangguan bekalan air sementara bermula pukul 9 malam ini berikutan kerja-kerja pembaikan dilaksanakan ke atas paip utama yang pecah di belakang tapak Kilang JVC, Seksyen 21 di sini.

Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan Air Selangor, Amin Lin Abdullah berkata kerja-kerja pembaikan dijangka mengambil masa selama 48 jam dan bekalan air akan pulih secara berperingkat selepas kerja pembaikan selesai.

Kawasan-kawasan yang terjejas di daerah Shah Alam dan Klang adalah Seksyen 21; Seksyen 22; Seksyen 25; Seksyen 26; Seksyen 27; Seksyen 28; Kampung Kebun Bunga; Kampung Baru Hicom; Subang Mas Batu 3; Batu 3 Shah Alam; Bukit Kemuning; Bukit Naga; Kampung Lombong dan Jalan Kebun.

Kawasan lain yang turut terjejas ialah UEP dan USJ Subang; Seksyen 32; Seksyen 33; Putra Heights; Kampung Bukit Lanchong; Kampung Jawa dan Bandar Putera.

Sementara kawasan yang terjejas di daerah Petaling adalah USJ 1 hingga USJ 15; USJ 16 hingga USJ 27; Pinggiran USJ 1, USJ 2, USJ 3, USJ 3A, 3B, 3C dan 3D; Subang Heights; USJ Heights; Taman Perindustrian UEP TP1 hingga TP7; Putra Avenue; Putra Harmoni dan Putra Setia.

Sehubungan itu Amin Lin menasihati pengguna supaya menyimpan bekalan air secukupnya sebelum kerja-kerja pembaikan bermula.

Menurutnya, bekalan air bantuan akan dihantar melalui lori tangki air ke kawasan yang terlibat dan untuk memohon bekalan air bantuan, pengguna diminta menghantar Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) (Taip Tanker Nama Alamat) ke 15300.

Pengguna juga diminta merujuk www.syabas.com.my dan aplikasi telefon bimbit pintar “mySyabas” untuk maklumat terkini mengenai gangguan bekalan air ini. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.