Fazura Lancar Dua Single Baharu

KUALA LUMPUR – Pelakon popular Fazura, bakal melancarkan dua single baharu iaitu  Bisa Apa dan Bangun, esok.

Lebih istimewa, Single Bisa Apa ciptaan komposer Indonesia, Tantra Numay dan Mhala Numata dijadikan runut bunyi drama popular, Hero Seorang Cinderella yang menggandingkan Fazura dengan Fattah Amin.

Menurut laporan BH Online, beliau telah jatuh cinta ketika pertama kali mendengar lagu ini.

“Lagu ini ada tarikan tersendiri daripada aspek susunan muzik dan lirik,” katanya.

Tambah beliau lagi, lagu Bangun pula yang dicipta komposer tempatan, Ilyahida pula berentak catchy dan penuh inspirasi ini pula dikatakan lebih dekat dengan kehidupannya.

“Bangun adalah lagu yang melambangkan kekuatan.Kejayaan boleh dikecapi jika kita sentiasa pilih untuk bangun daripada setiap kejatuhan. Kejatuhan pada saya, ada tersembunyi hikmah istimewa.

“Jadi saya harap, semua yang mendengar lagu ini juga akan terus bangun biarpun berdepan banyak hal yang buruk dalam kehidupan,” ujarnya.

Beliau yang mengikat kontrak bersama Universal Music Malaysia berkata sebuah video klip Bangun ini bakal dihasilkan selepas Aidulfitri ini

Dalam pada itu, Pengarah Urusan Universal Music Malaysia dan Singapura, Kenny Ong  meluahkan rasa teruja apabila dapat berkerjasama dengan Fazura serta dapat menguruskan karier nyanyiannya.

“Kita baru menjalinkan kerjasama, namun pihak Universal bersama Fazura tidak hanya mengikat kontrak di atas kertas tanpa memberi sebarang hasil.

“Malah dalam tempoh ini, Fazura sudah menjalin kerjasama dengan Jason dari Filipina,” katanya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.