Drive Thru ‘Ponteng’ Puasa

Tular di media sosial lokasi popular ponteng puasa di sebuah negeri.

Ia menjadi perdebatan hangat di laman sosial sejak semalam.

Satu tinjauan dilakukan sebuah portal di sebuah negeri, pada jam 12 tengah hari, beberapa buah kenderaan menunggu seakan-akan ‘drive thru’ di luar restoran.

Kemudian, beberapa pelayan keluar menghantar bungkusan ke setiap kenderaan yang sedang menanti.

Menurut seorang pengguna media sosial, restoran itu dimiliki lelaki berbangsa Cina yang menjual hidangan Nasi Kandar Ayam Merah serta Nasi Ganja yang juga merupakan menu terlaris di premis itu.

Menurut laporan itu lagi, restoran tersebut sering dikunjungi beberapa pelanggan berbilang kaum dan pelbagai latar belakang agama setiap hari.

“Puasa atau tidak, itu masalah mereka. Asalkan bukan makan di khalayak ramai, sudah. Tak salah di sisi undang-undang syariah negeri. Bukan hak kita untuk menghakimi orang lain,”tulis Shaifuzan Bahari.

Mira Kafley menulis, “Kalau waktu tengah hari orang membeli sebab ada ruang waktu, pukul 5 selepas habis waktu kerja balik rumah terus untuk berbuka puasa. Apa masalahnya?”.

“Kadang-kadang yang datang beli bukan untuk dirinya tetapi mungkin untuk isteri yang uzur atau anak-anak.”Tulis Anggerik Ladybird.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.