Bekas Artis Yang Berani Dedah Dada Kini Taubat Dan Pilih Jual Lontong

Bekas simbol seks dan pelakon panas Indonesia, Eva Arnaz kini menjadi penjual lontong selepas meninggalkan dunia lakonan. Eva terkenal sekitar 80-an dan dia ketika itu yang tidak ragu-ragu melakukan adegan panas.

“Pada sisa umur ini, saya ingin mencari rezeki halal, makanya saya enjoy jual lontong sayur,” kata Eva yang berniaga di gedung Smesco, Pancoran, Jakarta Selatan.

Bekas isteri kepada aktor Adi Bing Slamet ini pernah ditanya pelanggannya sama ada dia malu menjual lontong sedangkan dulu dia adalah pelakon terkenal yang hidup dalam dunia glamor.

Namun Eva memberikan jawapan mudah, dia ingin merasakan kenikmatan dunia akhirat melalui rezeki hasil jualan lontong tersebut.

Eva berkata dia mula berhijab sejak berangkat ke tanah suci pada 1991.

“Saya berangkat ke tanah suci untuk membersihkan dosa. Di sana saya memohon ampun dan menangis sepuas-puasnya,” cerita Eva.

Ketika pulang dari Mekah, Eva masih berlakon disebabkan kontraknya masih ada namun ketika itu dia sudah berasa tidak selesa dan akhirnya Eva memutuskan untuk mendalami agama.

Dia nekad belajar Al-Quran, bukan setakat membaca malah mempelajari ertinya.

Eva kemudiannya memutuskan untuk menjual semua harta benda yang didapatinya selama menjadi artis.

“Saya jual semua rumah dan kenderaan yang saya beli ketika berlakon. Saya membersihkan harta haram. Sekarang saya menjual lontong dan baju. Saya ingin rasai rezeki yang halal dan itu memang terasa nikmatnya,’ katanya.

Dia telah membintangi lebih 50 filem dan sempat membintangi sebuah sinetron Rosanna produksi Multivision Plus pada tahun 1996.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.