Babi Hutan Serbu Hentian Bas Singapura

SINGAPURA – Kelibat babi hutan berkeliaran di republik kecil ini bukan lagi pemandangan biasa bahkan jumlahnya makin bertambah setiap tahun hingga mencetuskan kebimbangan penduduk.

Terbaharu, satu rakaman video amatur tersebar tular menerusi media sosial tempatan pada lewat Rabu lalu yang menunjukkan sekumpulan babi liar dari semak berdekatan ceria berkeliaran bebas di hentian bas Tuas di sini.

Video itu dimuat naik melalui laman Facebook dikenali Our Singapore pada jam 9 malam yang sudah ditonton lebih sejuta kali, selain menerima lebih 28,000 perkongsian serta kira-kira 2,000 komen dan lebih 4,000 tanda suka.

Rakaman tersebut jelas menunjukkan sekitar lebih 20 ekor haiwan spesies najis berat atau mughallazah itu, yang kelihatan mundar-mandir menunggu makanan di hadapan kantin Kesatuan Pekerja Pengangkutan Kebangsaan.

Haiwan itu juga kelihatan mengekori seorang lelaki yang sedang menolak troli ke sebuah vannya manakala beberapa pelanggan berada di kantin tersebut kelihatan terpinga-pinga melihat babi berkenaan ‘merayu’ ihsan makanan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.