Azwan Ali Tunai Umrah Ke10

Seperti kebiasaan pada tahun-tahun sebelum ini, Selebriti kontroversi, Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai DivaAA akan menunaikan umrah dan menyambut lebaran di Mekah.

Begitu juga pada tahun ini apabila beliau akan berangkat ke tanah suci bagi menunaikan ibadah Umrah disana.

Beliau akan bergerak ke Tanah Suci pada hari ini menggunakan agensi umrah yang diusahakan oleh pelakon popular, Adi Putra.

Ekoran daripada itu, beberapa hari lalu, beliau telah membuka kepada pengikut-pengikut Instagram miliknya untuk mengirimkan doa untuk dibacakan di Mekah nanti.

Sebanyak 77 doa dipilih dikalangan pengikutnya dan menyifatkan pengikutnya sebagai insan yang terpilih.

“Final Checklist, 77 doayang dikirim #LUCKYfollowers akan ku seru depan Kaabah #Insyaallah only to those lucky 77 selected DOAs,”tulisnya.

Beberapa video persiapan beliau ke tanah suci turut dimuatnaik dalam Instagram miliknya.

Pun begitu, beliau telah menyekat sebarang komen di Instagram miliknya bagi membolehkan beliau untuk memberi fokus terhadap ibadahnya ketika disana.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.