8 Mengaku Salah Ponteng Puasa

KOTA SAMARAHAN – Lapan lelaki berusia antara 32 dan 61 tahun hari ini mengaku bersalah di Mahkamah Rendah Syariah di sini atas kesalahan tidak berpuasa dan cubaan untuk minum di kedai makan dalam bulan Ramadan.

Empat daripada mereka masing-masing didenda RM1,000 serta bakinya didenda antara RM800 hingga RM100 seorang dan sekiranya gagal membayar denda, mereka boleh dipenjarakan antara 7 hari hingga dua bulan, lapor Utusan.

Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(b) Ordinan Kesalahan Jenayah Syariah 2001 kecuali seorang didakwa di bawah Seksyen 44 akta sama.

Sehubungan itu, sebelum menjatuhkan hukuman, Hakim Syarie, Idris Abdul Kadir menegaskan, perbuatan tertuduh adalah tidak menghormati bulan Ramadan yang hanya datang setahun sekali.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pendakwa-pendakwa Syarie, Norlinawati Tuah dan Khalijah Abeng manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.