SAMM Selangor Dakwa Azmin Sabotaj Calon PAN

KUALA LUMPUR – Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Selangor, Azhar Achil mendakwa tindakan Menteri Besar menjemput calon PAS hadir di dalam program Pakatan Harapan yang diadakan semalam sebagai usaha sabotaj.

 

Azhar menyifatkan tindakan Azmin itu telah menyebabkan jentera parti terkeliru dan menggangu mood kempen.

 

“Mood kempen bertambah baik, Amanah juga diterima baikemang banyak kekurangan khususnya berdepan dengan Umno yang punya kekuatan kerajaan pusat dan Pas yang punya exco, ahli majlis termasuk ketua-ketua kampung di bawah Kerajaan Selangor.

 

“Keadaan sebenarnya makin keliru apabila kehadiran MB Selangor dengan membawa sekali calon pas ke dalam kempen Amanah semalam cukup mengganggu mood kempen,” katanya melalui satu kenyataan sebentar tadi.

 

Azhar turut menggesa agar kepimpinan parti segera membetulkan keadaan bagi mengelakkan perkara yang sama berulang ketika pilihanraya umum ke-14 kelak.

 

“Kerana panik perkembangan Amanah mula diterima baik maka agen-agen perosak telah menggunakan taktik terdesak seperti kononnya ada ahli Amanah sokong calon BN dan kami juga menganggap usaha MB menjemput calon pas dalam program Amanah semalam ialah kerja sabotaj.

 

“Dalam ucapan calon pas semalam terang dikatakan dia hadir atas jemputan MB, malah MB secara sengaja memberitahu orang ramai dia sokong amanah namun doa calon Pas berjaya,” ujarnya lagi.

 

Terdahulu beliau turut mengulas sidang media yang diadakan oleh sekumpulan lelaki yang kononnya ahli Parti Amanah Negara (PAN) bagi menyatakan sokongan kepada calon BN semalam.

 

Menurutnya mereka adalah merupakan bekas anggota PKR yang kecewa kerana tidak mendapat tempat dan ada antara mereka sudahpun berpindah ke beberapa parti sebelum ini. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.