Video: KFC Hidang ‘Tikus Goreng’ Pada Pelanggan

California – Seorang pelanggan restoran makanan segera popular, Kentucky Fried Chicken (KFC) terkejut apabila menemui tikus goreng dalam makanan yang dipesannya.

 

Devorise Dixon kemudianya memuat naik rakaman tersebut di laman media sosial sebelum ia tersebar di seluruh dunia.

 

 

“Saya kembali semula ke KFC semalam dan mengadu penemuan itu pada manager dan dia juga mengakui apa yang dilihatnya itu adalah tikus.

 

“Beliau meminta maaf, namun sudah tiba masa untuk mencari peguam. Berwaspada, jangan makan makanan segera,” katanya.

 

Berdasarkan video, kelihatan seketul daging goreng yang tidak tumpah seperti ayam goreng KFC nampak rangup. Tetapi menimbulkan rasa pelik apabila melihat daging itu mempunyai ‘ekor’.

 

Ibu Pejabat KFC dalam satu kenyataan berkata akan menyiasat mengenai perkara itu.

 

“Kami memandang serius akan aduan yang dikemukakan oleh pelanggan.

 

“Kami akan menyiasat perkara ini untuk memastikan ianya diselesaikan secepat mungkin” ujar kenyataan tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.