Saya Masih Tunggu Surat Lantikan – Mahfuz

Shah Alam – “Kita tunggu surat lantikan tersebut dahulu, lepas itu baru boleh komen,” kata bekas Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar.

 

Mengakui menunggu surat lantikan tersebut, Mahfuz berkata, beliau sekarang masih meneruskan perjuangan Pas sebagai seorang ahli Parlimen.

 

“Buat masa ini saya tidak mahu komen apa-apa, saya tidak tahu apa-apa.

 

“Saya masih Ahli Parlimen Pokok Sena sehingga ke Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. Khidmat saya terhadap Pas akan diteruskan menerusi saluran tersebut,” tegasnya ketika dihubungi Sinar Online hari ini.

 

Menurut beliau lagi, sehingga kini, pihak Pas Pusat masih belum menghubunginya untuk apa-apa makluman.

 

“Setakat ini tidak ada apa-apa lagi. Mereka pun masih tak (tidak) hubungi saya,” katanya lagi.

 

Pas pada mesyuarat pertama Jawatankuasa Pusat Pas di Pejabat Pas Pusat Jalan Raja Laut di Kuala Lumpur, 10 Jun lalu mengesahkan akan melantik beberapa pemimpin Pas bagi mengisi jawatan dalam lantikan lajnah dan jawatankuasa tambahan yang diperuntukkan dalam Pas.

 

Pelantikan tersebut akan diumum pada 21 Jun lepas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.