Remaja Maut Dalam Kemalangan

Kuala Lumpur – Seorang remaja maut selepas terbabas dan masuk ke laluan bertentangan di kilometer 0.9 Lebuhraya Besraya awal pagi tadi.

 

Dalam kejadian kira kira jam 3.49 pagi itu, mangsa yang menunggang motosikal dipercayai masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda.

 

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisionr Willey Richard berkata, akibat pertembungan itu mangsa terperosok dibawah kenderaan dan meninggal dunia ditempat kejadian.

 

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat,” katanya.

 

Mangsa dikenali sebagai Mohammad Saripi Sumarlan, 21 berasal dari Taman Setia Balakong, Seri Kembangan.

 

Menurutnya, pemeriksaan polis mendapati kenderaan pacuan empat roda itu dimiliki sebuah syarikat penghawa dingin dan polis masih mengesan pemandu kenderaan itu.

 

Kes disiasat mengikut Syeksyen 41(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.