Najib, Rosmah Fail Saman Fitnah Terhadap AHli Parlimen DAP

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor memfailkan saman fitnah terhadap Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming kerana memuat naik status memfitnah mereka berdua di laman Facebook miliknya.

 

Najib atas kapasiti peribadi dan Rosmah memfailkan writ saman dan pernyataan tuntutan mereka di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 11 Jun lalu.

 

Dalam pernyataan tuntutan, Najib dan Rosmah selaku plaintif berkata Kor Ming memuat naik gambar mereka dalam laman Facebooknya berserta kenyataan yang memfitnah.

 

Sehubungan itu, kedua dua plaintif menuntut ganti rugi fitnah daripada Kor Ming (defendan), injunksi menghalang defendan daripada menerbitkan perkataan fitnah itu dan penerbitan permohonan maaf oleh defendan.  – BHarian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.