Mazlan Aliman Letak Jawatan AJK PAS Pusat

KUALA LUMPUR – Satu-satunya pemimpin PAS pro pakatan rakyat yang menang dalam pemilihan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat awal bulan ini, Mazlan Aliman akhirnya mengambil keputusan meletakkan jawatan.

 

Perletakan jawatan itu diumumkan sendiri oleh Mazlan dalam sidang media di ibu Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut dan berkuatkuasa serta merta hari ini, demikian menurut laporan Sinar Online.

 

Mazlan memberi alasan perletakan jawatannya itu disebabkan mahu memberi tumpuan kepada NGO Persatuan Anak Peneroka FELDA Kebangsaan (ANAK) yang diketuainya.

 

“Setelah mengambil masa dan pertimbangan, saya membuat keputusan meletakkan jawatan sebagai AJK Pas Pusat berkuatkuasa serta merta, hari ini.

 

“Saya mesti memberikan lebih tumpuan kepada NGO yang saya ketuai iaitu Anak dan beberapa NGO lain,” katanya pada sidang media tadi.

 

Tambah beliau, tindakannya itu tiada kaitan dengan NGO Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) yang telah membuat keputusan untuk menjadi parti politik berasingan dari PAS.

 

“Saya tiada kaitan dengan Pasma dan ia tiada kena mengena dengan saya,” tambahnya sambil menegaskan beliau masih kekal sebagai ahli biasa Pas,” katanya lagi.

 

Susulan perletakan jawatan tersebut, ia melengkapkan penguasaan seratus peratus kumpulan pro Hadi dalam Jawatankuasa PAS Pusat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.