Kahwin Lagi Bukan Sebab Mahu Bercerai – Bade Hj. Azmi

Pengarah terkenal Bade Hj. Azmi berkata, keputusannya berkahwin kali kedua dengan wanita bernama Aida bukanlah untuk bercerai dengan isteri pertamanya pengarah dan penerbit, Erma Fatima.

 

Malah beliau menyatakan bahawa dia tidak pernah melafazkan perkataan cerai itu.

 

“Saya tidak pernah melafazkan apa-apa pun, setuju nak bercerai jauh sekali. Seharusnya perkara ini dibawa berbincang. Saya bukannya budak kecil dan jenis suka melenting”

 

“Kepada dua-dua isteri, saya nak beritahu. Saya berkahwin bukan untuk bercerai. Namun, jika takdir menentukan salah seorang atau kedua-dua sekali bukan lagi jodoh saya, apa pun keadaan, bukan kuasa saya. Erma mahupun Aida tahu saya berkahwin bukan untuk bercerai,” jelasnya kepada Berita Harian dalam sisipan B*Pop semalam.

 

Bade dan Erma bernikah pada 30 November 1990. Mereka memiliki lima anak angkat, namun pada awal 2014, Bade telah berkahwin dengan wanita bernama Aida berasal dari Pahang.

 

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki hujung tahun lalu yang kini berusia enam bulan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.