Honda Lapor Kematian Baharu Akibat Letupan Beg Udara

Tokyo – Pengeluar kereta Jepun, Honda telah melaporkan kematian baharu yang dikaitkan dengan letupan beg udara, lapor AFP.

 

Kematian baharu ini menjadikan keseluruhan tujuh kematian yang telah menyebabkan penarikan balik berjuta-juta kenderaan Honda dari pasaran.

 

Pada Isnin, syarikat itu mengesahkan kematian seorang wanita di Louisiana pada bulan April selepas inflator rosak dalam beg udara kereta Honda Civic model 2005 meletup.

 

Pengumuman itu menandakan krisis baharu bagi pembekal beg udara yang berpangkalan di Tokyo, Takata, di mana bulan lalu ia bersetuju untuk menarik balik hampir 34 juta kenderaan dari Amerika Syarikat.

 

Ia merupakan satu rekod bagi sebuah syarikat pembuat kereta terbesar di dunia.

 

Honda telah melantik Presiden baru minggu ini untuk membantu atasi krisis ini yang juga telah memberi kesan kepada Toyota, Ford, General Motors, Nissan, dan BMW.

 

Dilaporkan pihak syarikat ini masih mencari punca utama letupan yang menyebabkan maut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.