Hentam Saya Depan-Depan, Kata Nazri Aziz

Terkenal dengan sikapnya yang lantang, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz mencabar pihak yang mengkritiknya melalui media sosial untuk bersemuka, bukannya bersembunyi di sebalik internet.

 

“Saya mungkin seorang menteri yang tidak mempunyai akaun Twitter dan Facebook (FB).

 

“Saya tidak percaya dengan Facebook, saya lebih percaya dengan bersemuka (untuk komunikasi).

 

“Sekiranya anda mahu menghentam (saya) secara lisan, hentam saya depan-depan. Saya boleh jawab dengan cara mudah,” katanya.

 

Nazri berkata demikian selepas beliau dibidas dalam media sosial kerana mengingatkan Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim bahawa campurtangannya dalam politik boleh mengakibatkan beliau akan ‘dibelasah’ kerajaan.

 

Dalam wawancara eksklusif Malaysiakini semalam, Nazri berkata beliau tidak mengambil kisah terhadap pendapat negatif pengguna Internet yang ada selepas itu.

 

“Saya tidak mengecam baginda. Saya berkomunikasi dengannya. Tengku Mahkota harus tahu pihak mana yang perlu dikecam dan pihak yang beliau akan bergantung untuk melindungi keluarganya.

 

“Tetapi untuk mengatakan saya tidak mengenang budi, tahap intelektual golongan ini rendah. Jika tahap intelektual mereka rendah, saya tidak boleh membantu,” katanya.

 

Terdahulu, Nazri mengecam kenyataan dimuatnaik Tengku Mahkota dalam FB yang menyelar tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana tidak hadir sesi dialog Nothing to Hide pada 5 Jun lalu. – Mkini

One thought on “Hentam Saya Depan-Depan, Kata Nazri Aziz

  • June 15, 2015 at 12:35 pm
    Permalink

    Nazri, bullshit

    Orang macam ni lah boleh melingkup negara

    Pru14…..ALLAH determines your fate

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.