Dua Remaja Cedera Diserang Jerung

Washington – Seorang remaja perempuan mengalami kecederaan di lengan manakala seorang remaja lelaki cedera parah dalam serangan jerung berasingan di pantai North Carolina, kata pegawai dan media, hari ini.

 

Pihak berkuasa bergegas mengarahkan orang ramai supaya menjauhkan diri dari pantai Oak Island selepas jerung menyerang remaja perempuan berusia 14 tahun dan diikuti remaja lelaki berusia 16 tahun yang dilaporkan terputus lengannya.

 

Datuk Bandar Oak Island, Betty Wallace berkata, remaja perempuan itu yang berkunjung di kawasan berkenaan bersama keluarganya diterbangkan ke hospital bagi menerima rawatan.

 

“Satu perkara yang kami harap kami tidak pernah mahu ketahui dari komuniti yang berkunjung di pantai ialah jerung membaham mangsa iaitu seorang remaja perempuan.

 

“Adalah disahkan sebahagian lengan kiri mangsa terkoyak dan kaki kirinya mungkin terputus.

 

Marilah kita berdoa untuk keselamatan remaja perempuan ini dan keluarganya,” kata Wallace.

 

Sehubungan itu, kurang 30 minit kemudian, seorang remaja lelaki diserang dan mangsa kemudiannya dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.

 

Kejadian berlaku beberapa kilometer dari pantai Ocean Isle, di mana seorang remaja perempuan 13 tahun diserang jerung pada Khamis lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.