Dadah Dicampur Dalam Biskut, Gula-Gula

Kuala Lumpur – Penyeludup dadah kini menggunakan taktik baharu apabila mencampurkan bahan terlarang itu dalam makanan seperti biskut dan gula-gula.

 

Taktik itu disedari Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berjaya mengesan modus operandi penyeludup dadah terbabit apabila menjadikan laman sosial seperti Facebook dan Instagram untuk menjual adunan yang telah dicampur dengan dadah.

 

Dalam satu kenyataan pada Isnin, PDRM menjelaskan, taktik terbaru yang digunakan oleh penyeludup dadah itu adalah bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

 

“Suspek hanya berinteraksi dengan pembeli melalui Facebook dan aplikasi Instagram sahaja untuk menempah pembelian dan penghantaran ‘makanan’ yang dipesan, manakala penghantaran hanya dibuat melalui perkhidmatan kurier atau pos sahaja.

 

“Sindiket pengedaran dadah kini mencari alternatif baru untuk menarik sesiapa sahaja yang berminat untuk membeli dan memiliki pelbagai jenis dadah,” kata kenyataan itu.

 

PDRM menasihatkan ibu bapa atau penjaga agar mengawasi aktiviti sosial anak-anak seperti perhubungan melalui media sosial.

 

Selain itu, orang ramai diminta perlu sentiasa mengambil sikap ingin tahu apabila melihat ahli keluarga dan rakan yang  berkelakuan aneh serta wajar melakukan pemeriksaan terhadap bungkusan yang diterima melalui kurier atau pos.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.