Banjir Lumpur Di Kaki Gunung Kinabalu

Ranau – Hujan lebat petang tadi mengakibatkan banjir lumpur berlaku di Kampung Mesilau di kaki Gunung Kinabalu dekat Kundasang, di sini.

 

Kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 3 petang sebelum bomba menghantar sepasukan anggota ke beberapa lokasi bagi menjalankan pemantauan serta operasi memindahkan penduduk.

 

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah berkata, banjir lumpur mengakibatkan jambatan utama bagi laluan kenderaan ke Pusat Dakwah Islam Kundasang terputus hubungan.

 

Katanya, keadaan sungai yang deras dan berlumpur menyukarkan bomba menyeberangi sungai dan melakukan operasi memindahkan mangsa.

 

Difahamkan, ketika ini, pemantauan dan bantuan memindahkan penduduk ke kawasan selamat masih dijalankan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.