Bakal Suami Lamar Abby Abadi Melalui Instagram

Kuala Lumpur – Hubungan terbaru bekas pelakon Gerak Khas yang kini menjadi aktivis Pas, Abby Abadi direstui bakal ibu mertua.

 

Kenyataan itu dimuat naik lelaki berkenaan Jaiezzany bersama beberapa keping gambar di laman Twitternya.

 

“bonda kita terima awk abby_abadi122 sebagai menantunya…senyum sokmo ok, Insya allah kasih sayang terus erat..Jeng jeng…moga dipermudahkan Allah…amin,” tulisnya.

 

Pada status yang lain, dia meletakkan harapan untuk mengahwini wanita pujaannya.

 

Bagaimanapun, ia kemudian dibalas Abby dengan menyatakan dirinya masih belum bersedia.

 

“Bonda dah terima, sy belum terima lagi canerr En@jaiezzany,” balas Abby yang disiarkan dalam portal Oh Media.

 

Abby Abadi seorang ibu tunggal sebelum ini pernah melalui dua perkahwinan.

 

Kali pertama dia berkahwin dengan pelakon Norman Hakim dan dikurniakan tiga anak.

 

Selepas beberapa tahun menjanda, dia berkahwin buat kali kedua dengan Muhammad Noor Farhan Che Bakar, tetapi jodoh mereka tidak kekal lama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.